Sabtu, 7 Jun 2014
Dyana Artis Bajau ( Tuhutan Album )
Video klip Poleh Seruun-Ruun telah dibuat pengambarannya di sekitar daerah Semporna.. Iaitu di Bukit Tengkorak Sekitar Bandar Kg Pakalangan Dan Di Pulau Menampilik
Isnin, 12 Mei 2014
ALBUM TUHUTAN
Album Tuhutan 2014
Secara keseluruhannya bolehlah
dikatakan Tuhutan mempunyai citarasa
tersendiri kepada peminat2. Ini terbukti
dengan jumlah jualan unit DVD yang terjual. Walaupun tidak mencapai ribuan tapi
sekurang2nya dalam tempoh hanya tak sampai 1 bulan dari pelancaran ia sudah
diterima oleh peminat2. Mungkin beberapa kemungkinan boleh disimpulkan disini
1. Pemilihan
Artis, yang rata2 mempunyai nama di Sabah..seperti Dyana Lobo Lya Maikel Iqbal
BRTM dan lain2. Disamping itu juga mungkin kehadiran artis bajau
kanak2..Wanie.. dan kemunculan artis2 baru Seperti Rizal Madlasa. Seterusnya
ditambah lagi oleh kehadiran penyanyi yang memang dinanti2kan dan mempunyai
peminat tersendiri iaitu Kisang..
2. Lagu2
yang dimuatkan mempunyai genre2 yang berbeza dan komposer serta arenger muzik
yang pelbagai. Asli Inang Igal Ballad dll sebenarnya sudah diterima oleh
masyarakat kita. Walaubagaimanapun perlu ia ditambah baik lagi.
3. Persembahan
dalam bentuk DVD@VCD juga pemangkin mengapa Tuhutan diterima. Disamping
penampilan era baru video klip lagu2 bajau hasil kreativiti Studio
Jungle...sungguh berkesan untuk menarik minat masyarakat setempat.
4. Kerjasama
dalam melahirkan satu2 kompilasi amat penting. Ia satu cara berkesan dan perlu
dikekalkan. Dari penerbit komposer sehinggalah krew2 bergerak seiring demi
kelancaran album. Kerjasama ini akhirnya boleh meminimakan kos sehinggalah
album Tuhutan ini terbit. Kita tidak memandang pada duit semata2. Bagi kami
sekiranya ia mendapat pulangan yg baik..itu adalah bonus namun pada dasarnya
perjuangan seni tu perlu diutamakan.
5. Promosi
media yang banyak, menyokong lagi kelancaran album Tuhutan. Facebook Whatap dan
lain2.
6. Pengurusan
sedikit sebanyak menyumbang kelancaran album.. Semangat dan tekad perlu kuat .
Saya bersama penolong penerbit Rosley Hajal dan Studio Jungle berusaha
memastikan kelancaran Tuhutan tidak kira masa dan keadaan.
7. Apa
pun banyak faktor yang menjadi penghalang dalam penerbitan album seumpama ini.
Antaranya Masa kerjasama dan mungkin juga modal pusingan yg
sedikit. Semua ini menjadi pengajaran kita dimasa akan datang. Yang baik kita
kekalkan yg kurang baik kita elakkan supaya kelancaran dalam penerbitan album
akan lebih berjaya lagi.
Setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua krew yang terlibat. Saya selaku penerbit bersama
Rosley Hajal dan Studio Jungle amat berbesar hati diatas kerjasama jitu dari
krew2 Tuhutan terutama sekali Artis2 .. Dyana Rizal Lobo IqbalBrtm Lya Rosniah
Kisang Maikel dan Wanie. Pengerusi Petras Amirul Abdul.. dan semua krew yang tak tersebut namanya disini... Akhir sekali jumpa lagi di TUHUTAN II 2015
Langgan:
Ulasan (Atom)




